Thursday 5 May 2011

:: tips untuk melupakan ex-boyfriend ::

1) Jangan contact dia lagi. Lupakan nombor dia <even it takes time>. Tukar nombor baru. Yela. Orang yang tinggalkan kita kadang2 menyesal, lepas tu nak cari kita balik. Untuk elakkan kemungkinan ni, beli nombor baru. Bukan mahal. Murah je .

2) Lakukan senaman seperti berjalan kaki, berenang mahupun melakukan aktiviti-aktiviti fizikal di gimnasium. Selain menyegarkan minda, anda akan mendapat ramai kenalan baru. Beri peluang untuk diri sendiri happy.

3) Keluar rumah setiap weekend or cuti. Korang boleh pegi window shopping, lepak dengan member member . Terperap kat rumah pon wat korang ingat kat dia je kan?

4) Call lah family or member member jauh korang. Dorang lebih amek berat pasal korang dari orang yang dah tinggalkan korang tu.

5) Hias bilik tidur dengan suasana lain. Agak agak ada frame gmbr dia, atau barang-barang pemberian dia, campaklah jauh jauh ye. Takde guna lagi dah benda benda tu.

6) Busy kan diri. Buat je keje pape. Study walaupun dah abes final exam, kemas rumah walaupun rumah dah kemas. Ape ape jela. Yang penting jangan biar kan diri tu sendirian. Time frust, bila teringat pasal dia, korang akan lagi bertambah sakit hati. Lepas tu nanges. Kan?

7) Benci lah dia kalau dah susah sangat. Cara ni jela paling terbaikk untuk sesetengah orang. Tekad dalam hati korang dah tak perlu kan dia lagi. Untuk apa? Dia happy dengan orang lain(kalau korang clash di sebabkan orang ke-3), korang nanges nanges. Ish. Buang masa je weh :) Kalau korang dapat dia balik pon, nak ke korang benda yang sama berulang lagi. 

No comments:

Post a Comment